2 Tawarikh

Chapter 5

1 Selepas Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN, baginda menyimpan semua perak, emas, dan barangan lain yang ditahbiskan untuk TUHAN oleh ayahandanya, Raja Daud, di dalam stor-stor Rumah TUHAN.

2 Kemudian Raja Salomo menyuruh semua pemimpin suku dan puak Israel berkumpul di Yerusalem, untuk memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN dari Sion, Kota Daud, ke Rumah TUHAN.

3 Mereka semua berkumpul pada Perayaan Pondok Daun.

4 Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian

5 dan membawanya ke dalam Rumah TUHAN. Para imam dan orang Lewi memindahkan Khemah TUHAN dan semua perkakasnya ke dalam Rumah TUHAN.

6 Raja Salomo dan segenap umat Israel berkumpul di hadapan Tabut Perjanjian, lalu mempersembahkan korban berupa domba dan lembu yang banyak sekali, sehingga tidak terkira bilangannya.

7 Selepas itu para imam membawa Tabut Perjanjian ke Rumah TUHAN, lalu meletakkannya di Bilik Maha Suci, di bawah patung kerub.

8 Sayap kerub-kerub itu terkembang dan menutupi Tabut itu serta kayu-kayu pengusungnya.

9 Kayu pengusung itu panjang sekali, sehingga hujungnya dapat dilihat dari hadapan Bilik Maha Suci, tetapi tidak dapat dilihat dari arah lain. (Kayu-kayu pengusung itu masih di sana sehingga sekarang.)

10 Tabut Perjanjian hanya mengandungi dua buah batu yang diletakkan di sana oleh Musa di Gunung Sinai dahulu, ketika TUHAN membuat perjanjian-Nya dengan umat Israel, selepas mereka keluar dari Mesir.

11 "Pujilah TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal abadi." Apabila para imam keluar dari Rumah TUHAN, tiba-tiba Rumah TUHAN dipenuhi awan yang bersinar dengan cahaya hadirat TUHAN, sehingga mereka tidak dapat meneruskan upacara ibadat.