Yunus

Chapter 2

1 Dari dalam perut ikan itu, Yunus berdoa kepada TUHAN, Allahnya. Dia berkata,

2 "Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

3 Engkau melemparkan aku ke tempat yang dalam, sampai ke dasar lautan. Di sana arus air mengelilingi aku, ombak dan gelombang yang Engkau datangkan menghempaskan aku.

4 Aku berfikir bahawa Engkau sudah menghalau aku dari hadirat-Mu, dan aku tidak akan melihat lagi rumah kediaman-Mu yang suci.

5 Air laut naik sampai ke bibirku, samudera raya meliputi seluruh tubuhku, rumpai laut melilit kepalaku.

6 ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya. Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku, aku ingat akan TUHAN, lalu aku berseru kepada-Mu. Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku. Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya TUHAN Allahku!

7 Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.

8 Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu. Aku akan menunaikan segala janjiku. Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan."

9 Kemudian, atas perintah TUHAN, ikan itu memuntahkan Yunus ke daratan.