Chapter 101
1 Mazmur Daud. Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan, aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.
2 Aku akan menjaga kelakuanku supaya tidak bercela. Bilakah Engkau akan datang kepadaku? Aku akan hidup suci di rumahku;
3 aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku. Aku benci akan tindakan orang yang murtad; aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.
4 Aku tidak akan berlaku curang; aku tidak akan terlibat dalam kejahatan.
5 Orang yang memfitnah dengan diam-diam akan aku binasakan; orang yang sombong dan angkuh tidak akan kubiarkan begitu.
6 Aku berkenan akan orang yang setia kepada Allah; mereka akan kubenarkan tinggal di dalam istanaku; orang yang benar-benar jujur akan aku benarkan melayani aku.
7 Pendusta tidak akan tinggal di dalam istanaku; orang munafik tidak akan berada di hadapanku.
8 Tiap-tiap hari aku akan membinasakan orang jahat di negeri kita; aku akan mengusir semua orang jahat dari kota TUHAN.
