Chapter 126
1 Lagu ziarah. Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem, kita seperti bermimpi!
2 Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, "TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka."
3 Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita!
4 Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula, seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.
5 Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira!
6 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata, akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.
