Chapter 112
1 Pujilah TUHAN! Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN, yang suka mentaati perintah-Nya.
2 Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini; keturunannya akan diberkati.
3 Keluarganya akan menjadi kaya-raya, dan dia akan makmur selama-lamanya.
4 Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.
5 Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, serta jujur dalam segala urusan.
6 Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; dia akan diingat selama-lamanya.
7 Dia tidak takut menerima berita buruk; hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.
8 Dia tidak khuatir ataupun takut kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.
9 Dia memberikan sedekah kepada orang miskin, dia selalu murah hati, dia akan berkuasa dan dihormati orang.
10 Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah; mereka memandang aku dengan kebencian. Lalu mereka binasa; harapan mereka lenyap selama-lamanya.
