Chapter 53
1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat. Sajak Daud.
2 Orang bodoh berkata dalam hati, "Tidak ada Allah!" Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; tidak seorang pun melakukan yang baik.
3 Dari syurga Allah memandang umat manusia untuk mencari orang yang bijak, orang yang menyembah Dia.
4 Tetapi semua orang sudah menyeleweng dan sesat, tidak seorang pun melakukan yang baik.
5 Allah bertanya, "Tidakkah orang jahat ini tahu? Mereka hidup dengan merompak umat-Ku, dan tidak pernah berdoa kepada-Ku."
6 Tetapi kemudian ketakutan meliputi mereka, seperti yang belum pernah dialami mereka, kerana Allah akan menyerakkan tulang musuh umat-Nya. Allah sudah menolak musuh umat-Nya, maka Israel akan mengalahkan musuh mereka.
7 Semoga penyelamatan bagi Israel datang dari Sion! Apabila Allah menjadikan umat-Nya makmur semula, semua orang Israel akan bersukacita.
