Chapter 130
1 Lagu ziarah. Dari jurang kesusahan, aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.
2 Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, dengarlah seruanku minta tolong.
3 Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?
4 Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.
5 Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya.
6 Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.
7 Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.
8 Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.
