Chapter 54
1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud,
2 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.
3 Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah; bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.
4 Dengarlah doaku, ya Allah; endahkanlah kata-kataku.
5 Orang sombong datang menyerang aku, orang zalim ingin membunuh aku, mereka tidak menghiraukan Allah.
6 Tetapi Allah ialah penolongku, Tuhan ialah pembelaku.
7 Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka. Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.
8 Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu; aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.
9 Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.
