Chapter 67
1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu.
2 Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami; pandanglah kami dengan senang hati,
3 supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu, dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.
4 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
5 Semoga bangsa-bangsa bergembira dan menyanyi dengan sukacita, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil dan membimbing setiap bangsa di bumi.
6 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
8 Allah telah memberkati kita; semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.
