Chapter 20
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2 Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan. Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.
3 Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nya dan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.
4 Semoga Dia menerima segala persembahanmu dan berkenan pada segala korbanmu.
5 Semoga Dia memberi kamu keinginanmu dan menjayakan segala rancanganmu.
6 Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu, dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.
7 Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
8 Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.
9 Mereka akan tersandung dan jatuh, tetapi kita akan bangkit dan berdiri teguh.
10 Berikanlah kemenangan kepada raja, ya TUHAN; jawablah kami apabila kami berseru.
