Chapter 11
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, "Terbanglah seperti burung ke gunung,
2 kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur, dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.
3 Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik apabila tata tertib masyarakat musnah."
4 TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci; Dia mempunyai takhta di syurga. Dia memperhatikan semua manusia dan mengetahui segala perbuatan mereka.
5 Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.
6 Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.
7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.
