Mazmur

Chapter 87

1 Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;

2 Dia lebih mengasihi kota Yerusalem daripada tempat lain di Israel.

3 Dengarlah, hai kota Allah, hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:

4 "Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia, akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem."

5 Tentang Sion, akan dikatakan bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.

6 TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, dalam senarai penduduk Yerusalem.

7 Mereka akan menari dan menyanyi, "Sionlah sumber segala berkat kami."