Chapter 150
1 Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di Rumah-Nya! Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!
2 Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa! Pujilah keagungan-Nya!
3 Pujilah Dia dengan trompet! Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!
4 Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian! Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!
5 Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting! Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!
6 Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup! Pujilah TUHAN!
