Mazmur

Chapter 70

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.

2 Ya Allah, selamatkanlah aku! TUHAN, cepatlah tolong aku!

3 Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dibingungkan. Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku dipukul mundur dan dipermalukan.

4 Biarlah mereka yang mengejek aku terkejut dan malu kerana dikalahkan.

5 Semoga semua orang yang datang kepada-Mu bergembira dan bersukacita. Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu sentiasa berkata, "Betapa agungnya Allah!"

6 Aku miskin dan lemah; datanglah segera kepadaku, ya Allah. Engkaulah penolongku dan penyelamatku, janganlah berlengah, ya TUHAN!