Chapter 82
1 Mazmur Asaf. Allah mengetuai sidang di syurga; di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
2 "Jangan hakimi orang dengan tidak adil, dan jangan berpihak kepada orang jahat.
3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
4 Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
5 Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu! Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.
6 Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.
7 Namun kamu akan mati seperti manusia; nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa."
8 Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia; semua bangsa kepunyaan-Mu.
