Chapter 43
1 Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah, dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana; jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.
2 Engkaulah pelindungku; mengapakah Engkau meninggalkan aku? Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita akibat kekejaman musuhku?
3 Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benar untuk menyinari dan membimbing aku, agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci, dan ke tempat kediaman-Mu.
4 Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku; aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!
5 Mengapakah aku sedih? Mengapakah aku gelisah? Aku akan berharap kepada Allah, dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Allahku dan penyelamatku.
