Chapter 123
1 Lagu ziarah. Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.
2 Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, dan seorang hamba perempuan kepada puannya, demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami, sehingga Engkau mengasihani kami.
3 Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sudah terlalu banyak dihina.
4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, dan dikeji oleh penindas yang sombong.
