Chapter 124
1 Lagu ziarah oleh Daud. Bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita? Jawablah, hai Israel!
2 "Jika TUHAN tidak memihak kita, ketika musuh menyerang kita,
3 tentu mereka sudah menelan kita hidup-hidup kerana kemarahan mereka menyala-nyala;
4 tentu kita sudah dihanyutkan banjir, dan kita digenangi air;
5 tentu kita sudah mati lemas dalam air yang deras."
6 Marilah kita bersyukur kepada TUHAN, yang tidak membiarkan musuh membinasakan kita.
7 Kita seperti burung yang lepas dari jerat pemburu; jerat itu sudah dirosakkan dan kita pun bebas!
8 Pertolongan kita datang daripada TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
