Chapter 142
1 Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.
2 Aku berseru kepada TUHAN, aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.
3 Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya; aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.
4 Apabila aku putus asa, Dia tahu apa yang harus aku lakukan. Di jalan yang harus aku tempuh, musuhku telah memasang perangkap untukku.
5 Aku melihat ke sampingku, tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku; tiada seorang pun yang melindungi aku. Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.
6 Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu, Engkaulah pelindungku, Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.
7 Dengarlah seruanku minta tolong, kerana aku tidak berdaya. Selamatkanlah aku daripada musuhku; mereka terlalu kuat bagiku.
8 Lepaskanlah aku daripada kesusahan, maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu, kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku.
