Chapter 127
1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.
4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.
